PEPATAH ada mengatakan 'masa itu adalah emas'. Adakah masa itu emas..? Tetapi macam mana pula dengan emas..? Bolehkah emas itu dikatakan masa..??? Kita juga biasa mendengar ungkapan "masa ibarat pedang yang tajam" dan sebagainya. Kenapa masa ini kita ibaratkan sebagai emas dan pedang . Emas sebagai mana yang kita ketahui adalah sejenis logam yang sangat mahal dan berharga. Begitulah juga dengan masa. Bagi yang menghargai masa akan mengetahui betapa masa itu sangat bernilai dalam kehidupan manusia di alam sejagat ini. Begitu juga dengan pedang. Pedang hanyalah benda yang digunakan untuk mencincang, memotong, menebas dan sebagainya. Apa kena mengenanya dengan masa? Masa ini tidak menunggu sesiapa. Siapa yang lambat akan dipotong dan dicincang oleh masa.Orison Swett memberikan pendapatnya, "Setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang sedia membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu kita tidak terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi dia datang dengan membawa hadiah-hadiah baru. Tetapi jika kelmarin dan kelmarin dulu hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama-lama kita tidak dapat menikmati lazatnya hadiah pemberian masa itu, sebab kita tidak pandai menghargainya. Peribahasa mengatakan bahawa kekayaan yang hilang dapat dicari semula jika rajin, kesihatan yang terganggu akan sembuh jika berubat, tetapi masa yang hilang terbuang tidak dapat dicari selama-lamanya.
Masa adalah kehidupan. Sesaat yang berlalu tidak boleh diperolehi kembali
walaupun dibayar dengan segunung emas atau dunia dan isinya.
Justeru itu hargailah masa.
Membuang masa atau mempersia-siakannya samalah seperti kita
membuang dan mempersia-siakan kehidupan ini kerana sesungguhnya
masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak menjaganya dengan baik
nescaya ia akan memenggal lehermu sendiri
No comments:
Post a Comment