Tuesday, November 25, 2008

my convocation day....




convolah hari paling istimewa dalam hidup akue coz ia adalah ari yg menghargai segala kejayaan ku dalam pelajaran...setelah lamer aku tngu akhirnya aku mendapat segulung diploma...itu baru diploma..hihihiihi kini aku kene berusaha untuk mendptkan plak segulung ijazah....kini aku telah pown memegang diploma dalam pengurusan hotel....walaupown ari convocation tu adelah ari yg paling vogue tp aku ttp sedih....yerla maner tk sedih...abis jer upacara konvo tu semua ibubapa tngu anak2 diorg kat luar dewan ngan sejambak bunga,teddy bear, mcm2 lagi r...aku sedih sbb parents aku tk bg aper2 lgsg kat aku...jangan kater sejambak...sekuntum bunga pown aku tk dpt...sngat sedih....aku sangat terasa hati...so bergambar pown pinjam bungan kwan2...




erm..tkper r...maybe tkder rezeki aku nak dpt benda tu semua....tp malam tu plak abang angkat aku dtg umah aku coz dier tk smpat dtg knvo aku coz dier keje than dier bg aku note book, novel and minyak wangi....aku sangat terharu...dier siap belanja aku makan lg...erm syukurlah ader gak org yg mnghargai aku...aku syg sangat kat dier...hihihihihi




erm tp tkperlah mase knvo tuk ijazah t aku akan pastikan aku dpt sejambak bunga n mcm2 lg....


yg paling aku terkilan aku tk sempat bergambar bersama kwan baik aku marian....aku tk tau kemana dier hilang lepas knvo ari tue...erm tak taulah bler lg aku dpt jumper dier....dier lah kwan aku paling baik,rapat ngan aku sejak first sem aku diploma...aku sayang sangat kat dier...kalau dpt memperisterikan dier kan best...hahahaha berangan jer aku nie...dier tu cntik maner padan ngan aku....hihihihihihih mcm langit ngan bumi....




erm...untuk ijazah ni aku nak berusaha bersungguh2...aku nak dpt kputusan yg cmerlang every sem...Insya Allah....tp aku memerlukan sokongan ibu bapa dan kwan2...aku harap kwan2 aku dapat nyokong aku,ajak aku belajar bersama,ulangkaji bersama n mcm2 lagi....hanya pada korg aku bergantung harapan....hihihihihihihi

Wednesday, October 22, 2008

ILMU YANG BERMANFAAT


Ciri ilmu yang berkat menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah adalah :


1. Ilmu akan bertambah hebat akibat rasa takut kepada Allah .


Surah al-Faatir, ayat 28 menyebutkan: “Hanya yang takut kepada Allah , adalah ulama.” Keluasan ilmu Allah melahirkan manusia yang amat gerun kepada kekuasaan Allah .Dengan ilmunya dia dapat mengetahui apa yang dibenci Allah dan apa yang disukai-Nya. Ini diadun dengan ilmu tentang kehebatan syurga Allah dan seksa neraka yang menjadi formula pembentuk sahsiah ulama pada dirinya.Rasakan getaran hati anda, adakah ia begitu sensitif apabila berhadapan dengan keinginan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah ? Jika di hati masih tersisa rasa takut kepada Allah , ilmu anda akan sentiasa bermanfaat untuk diri dan orang lain.


2.Ilmu membentuk sifat tawaduk.


Jika ilmu semakin tinggi, keagungan dan kebesaran Allah menutup segala ego dan kesombongan yang membayangi diri. Tidak sama sekali menganggap orang lain bodoh dan lemah. Kerana sehebat-hebat manusia tidak akan mampu menghadapi ujian yang diberi oleh Yang Maha Mengetahui melainkan dengan pertolongan-Nya. Dengan bekal segulung ijazah itu bolehkah anda menghadapi hari penghisaban dengan selamat? Pakar motivasi sekalipun tidak akan mampu menanggung musibah yang diuji pada dirinya kecuali dengan pertolongan Allah . Sifat tawaduk seperti bintang yang berkilauan. Ilmu pula ibarat purnama. Kedua-duanya amat cantik jika dikembarkan menjadi hiasan peribadi.Ibadat bertambah nikmat kerana asas ilmu yang kukuh.Sesungguhnya amal yang diterima memiliki dua syarat iaitu ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sabda Baginda ketika melihat seorang lelaki yang kurang betul sembahyangnya: “Sembahyanglah kamu seperti aku sembahyang.” Kerana itu, apa saja ibadat yang dilakukan wajib bersumber daripada sunnah Rasulullah SAW. Cubalah mengerjakan ibadat dengan cara khusyuk seperti Rasulullah SAW khusyuk, berjuang seperti Baginda berjuang, berilmu seperti Baginda berilmu. Ilmu yang menggerakkan amal dan perjuangan untuk Islam.


3. Ilmu di dada membentuk peribadi khalifah.


Islam mengajarkan konsep kepemimpinan yang berteraskan sifat amanah dan bertanggungjawab. Kalau ilmu anda berkat dan bermanfaat, tentunya kedua-dua sifat ini amat menonjol pada diri anda, tidak kira di rumah, pejabat atau dalam lingkungan masyarakat iaitu anda berdiri sebagai individu yang bermaruah. Seorang guru agama yang mempunyai jiwa khalifah akan mencorakkan umat dengan ilmu dakwahnya. Manakala, seorang guru sentiasa sedia membantu muridnya tidak kira Muslim atau bukan Muslim kerana dorongan amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.Sabda Rasulullah SAW: “Kamu semua adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabannya atas apa yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)Anda adalah ketua bagi diri anda sendiri, isteri, anak, tempat di mana anda bekerja dan di dalam masyarakat.Bijak menyembuh penyakit dalam beramal.


4. Ilmu dan amal memang tidak boleh dipisahkan.


Orang yang berilmu tidak akan berpuas hati dengan pencapaiannya. Dia akan sentiasa menimbang, meneliti, mencari-cari akan ketidaksempurnaan diri dan perbuatannya. Penyakit orang berilmu adalah ujub manakala penyakit orang beramal biasanya riak. Imam al-Nawawi memberi garis panduan bagi kedua-duanya. Beliau berkata: “Beramal kerana manusia adalah riak dan meninggalkan amal kerana manusia adalah ujub, ikhlas adalah engkau terlepas daripada kedua-duanya.”Cerdik mengenal dan mematahkan tipu helah syaitan.Ilmu yang berkat adalah senjata yang paling digeruni oleh syaitan. Umar bin al-Khattab pernah melewati satu lorong kemudian beliau berjumpa Rasulullah SAW, Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya syaitan lari daripada laluan Umar, kerana takut kepadanya.”Seorang yang berilmu bijak membentengi dirinya daripada hasutan syaitan dan hawa nafsunya. Ia bagaikan memiliki indera keenam yang mampu mengesan setiap gerakan zahir dan batinnya.Benarkah apa yang dilakukan atau salahkah jalan yang dilalui? Semuanya disebabkan ilmunya yang berkat dan bermanfaat.


Ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Manusia yang mendapat azab paling keras pada hari kiamat ialah orang yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya.” (Hadis riwayat Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi)

MASA ITU EMAS




PEPATAH ada mengatakan 'masa itu adalah emas'. Adakah masa itu emas..? Tetapi macam mana pula dengan emas..? Bolehkah emas itu dikatakan masa..??? Kita juga biasa mendengar ungkapan "masa ibarat pedang yang tajam" dan sebagainya. Kenapa masa ini kita ibaratkan sebagai emas dan pedang . Emas sebagai mana yang kita ketahui adalah sejenis logam yang sangat mahal dan berharga. Begitulah juga dengan masa. Bagi yang menghargai masa akan mengetahui betapa masa itu sangat bernilai dalam kehidupan manusia di alam sejagat ini. Begitu juga dengan pedang. Pedang hanyalah benda yang digunakan untuk mencincang, memotong, menebas dan sebagainya. Apa kena mengenanya dengan masa? Masa ini tidak menunggu sesiapa. Siapa yang lambat akan dipotong dan dicincang oleh masa.Orison Swett memberikan pendapatnya, "Setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang sedia membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu kita tidak terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi dia datang dengan membawa hadiah-hadiah baru. Tetapi jika kelmarin dan kelmarin dulu hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama-lama kita tidak dapat menikmati lazatnya hadiah pemberian masa itu, sebab kita tidak pandai menghargainya. Peribahasa mengatakan bahawa kekayaan yang hilang dapat dicari semula jika rajin, kesihatan yang terganggu akan sembuh jika berubat, tetapi masa yang hilang terbuang tidak dapat dicari selama-lamanya.


Masa adalah kehidupan. Sesaat yang berlalu tidak boleh diperolehi kembali
walaupun dibayar dengan segunung emas atau dunia dan isinya.
Justeru itu hargailah masa.
Membuang masa atau mempersia-siakannya samalah seperti kita
membuang dan mempersia-siakan kehidupan ini kerana sesungguhnya
masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak menjaganya dengan baik
nescaya ia akan memenggal lehermu sendiri

Thursday, October 9, 2008

LakI LeMbUT??????






Golongan lelaki lembut terbahagi kepada pelbagai kategori:\

1)transeksual,

2)intraseksual,

3)tranvertisme

4)fetishisme






Golongan transeksual beranggapan jantina yang dipunyainya bukan jantina yang mereka hayati.Jiwa mereka berbeza dengan bentuk fizikal mereka, jadi mereka ubah perwatakan dan cara berpakaian agar sesuai dengan jiwa kewanitaan.

Golongan intraseksual pula, merupakan golongan yang dilahirkan mempunyai dua organ kelamin. Corak pembesaran mereka ditentukan oleh ibu bapa ketika kecil.
Apabila tiba pada satu peringkat umur, golongan itu mula menyedari kecenderungan sendiri dan akhirnya membentuk identiti menurut naluri mereka.

Tranvertisme pula terjadi kepada lelaki yang normal tetapi berlagak sebagai wanita melalui cara berpakaian, percakapan dan sebagainya. Mereka berbuat demikian sekali-sekala sahaja bertujuan inginkan keseronokan.

Fetishisme iaitu mereka menganggap tindakan mereka boleh merangsang keghairahan ketika bersetubuh. Ada sebilangan lelaki gemar memakai pakaian dalam wanita bagi meningkatkan penghayatan seks mereka.

Fenomena kecelaruan identiti seksual boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan mereka dengan betul dalam membentuk peribadi anak-anak. Para ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membentuk dan mendidik anak mengikut acuan yang betul.
Terdapat juga anak-anak yang hanya berubah apabila mereka meningkat dewasa. Ia biasanya berlaku apabila anak-anak tidak lagi tinggal di bawah jagaan keluarga seperti bekerja atau melanjutkan pelajaran. Mereka berjumpa rakan sebaya yang mempunyai naluri yang sama, jadi mereka tidak segan silu untuk menukar identiti.

Kecelaruan identiti seksual merupakan cabaran keluarga, jadi ibu bapa patut menanganinya dengan bijaksana dan menunjukkan contoh yang baik. Selain itu, masyarakat harus berfikiran terbuka dan tidak membuat penilaian negatif dalam menghadapi golongan lelaki lembut. Mereka juga mempunyai hak untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain.












Monday, October 6, 2008

C.I.N.T.A


Apa Itu Cinta?


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.


Sifat Cinta Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Cinta Wujud Sejak Dilahirkan Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. Cinta Bersedia Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. Cinta Itu Indah Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih. Cinta Itu Mengharap Balasan Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima. Cinta Itu Menakluki Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya. Cinta Itu Mengetahui Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan. Cinta Itu Hidup Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. Cinta Itu Suci Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. Cinta Itu Mempesona Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta. Apakah itu Bukti Cinta? Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab -

Wednesday, September 24, 2008

TeMaN kER?????????



Berdasarkan pengalaman aku...nak carik kwan yg betul2 baik memeang ssh.... nak carik teman ketawa mmg ramai...tp teman menangis nak cari satu pown susah....kat sini tips nak mencari teman.....




1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja, Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau mengambil kesempatan atas dirinya pula.Bagaimana ingin mengenalpasti individu ini?Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil. Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu Karier impiannya ialah seorang ahli ‘psikologi’



2. Memahami, Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu ini wajarkamu dampingi sebagai sahabat sejati!Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24jam sehari, 7 hari seminggu! Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia. Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diru mu sahaja!



3. Profesional, Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi!Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya. Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.



4. Jujur, Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?Dia adalah individu yang lurus. Walaubagaimanapun. kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu! Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu… Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!



5. Happy Go Lucky, Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria.Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan.Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan. Dia memang menghiburkan. Teman-teman perempuan dan lelaki menyenanginya!






Hindari teman anda jika:




Teman yang Menjatuhkan kamu.


Gemar mencari kesalahan orang lain setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja .Dia tidak memiliki ramai kawan!




Teman yang memiliki pengaruh negatif


Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa is adalah SALAH!
Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!


Teman yang mempergunakan kamu


Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu
Sekiranya die bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya.
Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.


Teman yang tikam dari belakang


Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama
Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu
Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.


Teman yang suka meniru kamu!
Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu.
Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu. Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya. Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan indentiti tersendiri.


"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)"

Thursday, September 18, 2008

RiNdU sAAt dULu KalA




aku tak tau nak muler mcm maner....tapi aper yg penting aku nak luahkan aper dalam hati aku....dulu aku ader 2 org kwan baik....baik dan sangat rapat...tido, makan, pergi kelas, semua bersma....tapi tidak lg sekarang....aku rindu saat kami bersama....banyak kenangan manis bersama....3 tahun kami menjalinkan ikatan persahabatan....

tapi bila dah muler masuk ke peringkat ijazah hbungan kami makin renggang disebabkan oleh satu problem....kami sendiri tak tau saper yg harus dipersalahkan....aku atau die atau dier.... kami langsung tak bertegur saper sehingga ke hari ini...bila berselisih masing2 mcm tak kenal.... masing2 taknak kalah dengan ego masing2....tapi bila aku ingat balik semula semua kenangan manis kami aku rasa sangat sedih kerana persahabatan yg kami bina musnah hanya kerana perkara kecik......aku sangat sedih lebihan pula di bulan ramadhan nie aku teringin agar persahabatan kami yang retak dan musnah dapat didirikan semula.......